11/8/09

PENGUMUMAN


9 Nov 2009 (Isnin) : Untuk makluman semua, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Rusa untuk melawat tapak dan meletak batu asas sebuah "sekolah agama" di Sungai Rusa. YDP PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Mohd Fauzi Yusof memaklumkan pagi ini bahawa sehingga kini pihak PAS Kawasan tidak dimaklumkan tentang apa-apa berita atau makluman berkaitan dengan lawatan tersebut. PAS Kawasan dan Cawangan tidak pernah mengatur atau mengurus apa-apa lawatan TGNA untuk perkara tersebut.

Oleh yang demikian, PAS Kawasan Balik Pulau dan PAS Cawangan Sungai Rusa tidak bertanggung jawab ke atas berita mengenai lawatan Tuan Guru Nik Aziz tersebut. Diharap semua ahli pas dapat menerangkan perkara tersebut kepada masyarakat setempat.

Terima kasih

PAS Caw. Sungai Rusa

1 comment:

  1. salam

    nak tahu status lawatan melatak batu asas SAR di sg rusa oleh YB TGNA pada 14/11 ini. apa perkembangannya? adakah benar, sebab banner dah pun di pasang. di jangkakan juga akan di hadiri oleh TKM1. jika benar bila TGNA dijangka sampai ke balik pulau? pukul berapa? tolong dapatkan makluman & sebarkan. dimaklumkan juga majlis ini dianjurkan oleh kerajaan negeri PP.

    sesuatu yang bersejarah akan berlaku di Sungai Rusa, Balik Pulau. takkan nak buat tak tahu saja. belum pernah ada acara pecah tanah sekolah agama oleh tokoh besar PAS diadakan sebelum ini, apatah lagi selama lebih 50 tahun umno memerintah.

    tolong letakkan ego ketepi sebentar & bersama2 bergerak merialisasi kan harapan menawan persekutuan pada PRU13 nanti.
    tak kira kita dari PAS ka, PKR ka, DAP ka, Kerajaan negeri ka, TGNA ka, Hj Hadi ka, TKM1 ka, YB Yusmadi ka, anwar ka...

    kita sama2 1Tujuan, ke Putrajaya!!!!!!

    mau dok cargas sikit!!!
    jgn dok ego & lena saja!!!

    ReplyDelete