Tengahari tadi, saya bersembang dengan rakan persejuangan, beliau mengadu kepada saya berkenaan dengan keruntuhan akhlak yang begitu teruk di kampung kita ini. Pada lewat malam dan awal pagi, terdapat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang bergaul tanpa batas dan susila di bangunan kedai Arwah Pak Long Deraman. Kebanyakannya masih bersekolah lagi, umurpun dalam lingkungan belasan tahun.
Apabila ditegur, mereka berkata, "mak kami pun tak marah, yang pak cik-mak cik dok sibuk kenapa?". Begitu berani sekali remaja-remaja zaman sekarang. Tepi jalan, dekat masjid pulak tu pun berani buat benda yang tak senonoh, kalau tempat yang tersembunyi tu lagi teruklah gamaknya.
Begitu juga dengan pelajar-pelajar kolej ICT yang menyewa rumah di kampong ini. Bermacam-macam kes yang kita dengar. Yang lelaki bawa balik perempuan ke rumah, yang perempuan bawa balik lelaki ke rumah. Yang kena tangkap pun banyak....yang tak kena tangkap, lagi lah banyak. Pukul dua tiga pagi pun masih bersembang dan bergelak ketawa antara lelaki dan perempuan tanpa menghiraukan jiran-jiran sekeliling. Keluar masuk rumah lelaki atau perempuan macam tak ada hukum-hakam, halal dan haram.
Itu bab keruntukan akhlak, bagaimana pula dengan ramai anak khariah yang menagih dadah, mencuri sana-sini, "pantang lepa", mesti hilang.... nak jemur tudung periuk kat luar rumah pun dah tak berani, habis dikebasnya. Yang lain-lain tu jangan cerita lah.... buah kelapa, buah nangka macam dia yang punya. Kalau musim buah-buahan, berpesta sakan mereka ini. Kadang-kadang tuan punya kebun yang sekangkang kera tu rasa buang masa saja pi jaga kebun, hasil tak boleh makan, dapat kat depa dulu. Kes ragut, pecah rumah, mencuri.....macam-macam..........
Kenapa begini jadinya? Pembangunan? Kemewahan? Kebendaan? Keduniaan? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku? Ibu? Bapa? Masyarakat sekeliling? Pengerusi Kariah? Imam? Ustaz? Guru? Pemimpin politik? YB? JKKP? JKKN? Pejabat Agama?
FIKIR-FIKIR LAH,
TEPUK DADA TANYA SELERA
Asallamualaikum tuan. Semua terlibat jika berlaku kemungkaran di muka bumi kerana kita melepaskan peluang untuk menyeru ke arah kebaikan seterusnya cuba mencari siapa yang hendak disalahkan. Ini tanah tumpah darah kita. Sama-samalah kita menjaganya kerana ibarat satu anggota badan, semuanya wajib berfungsi dengan baik untuk mengelakkan dan meminimakan sebarang permasalahan yang berlaku......
ReplyDelete