11/23/10

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

KHAS buat Penyokong UMNO Pulau Pinang...

Cuba korang baca.. siapa penyebab Melayu Pulau Pinang Terpinggir.. Siapa penyebab Melayu Pulau Pinang terkeluar dari Pulau Pinang.. Siapa juga yang menyebabkan Tanah orang Melayu Pulau Pinang semakin berkurangan...

Ini kali kedua kenyataan ini dinyatakan oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad..

Pastinya bukan DAP mahupun PAS ataupun PKR!!!Sila baca.. jangan jadi Buta Perut opps silap Buta maklumat.

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.


Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.


Dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka

10/3/10

Oh Tanah Air Ku

Assalamualaikum

Kalau anda memandu kereta ke Balik Pulau daripada Penara atau Teluk Kumbar ke Teluk Bahang, didapati pembangunan di semua kampung-kampung di Balik Pulau ini sangatlah pesat sekali....

Ada bermacam-macam projek perumahan.... Bandar Baru Air Putih...., Permatang Tengah... dan yang terbaru Bunglow di Simpang Tiga...harganya melebihi RM 600,000... orang kampong kita boleh tumpang juga bunglow tersebut..... tumpang tengok.... nak tumpang beli...jangan harap lah.... kalau orang UMNO tu boleh lah... depa semua beranak-beranak saja...dah jadi jutawan....

Saya dok perati.... penguasaan untuk membeli tanah-tanah terutama sekali tanah orang Melayu di Balik Pulau ini bergerak dengan aktif sekali. Cakap berapa saja yang nak jual...ada saja orang nak beli.... Sekeping demi sekeping tanah orang melayu dijual dan jatuh kepada bukan melayu...Modus Operandi... beli dan kepung..... dekat permatang pasir ada sekeping depan kedai Chop Motor.....lepas tu depan kubor...dah berbelas tahun ... kemudian.....sebelah kedai Mat Tabligh.....tapak rumah Ustaz Sariff....tapak rumah ustaz hassan.....

Yang tanah bendang tu jangan kira lah.....macam ada pesta jualan murah....

Dan yang paling menarik pulak tu.... broker tanah tu pulak orang melayu.... dia orang kalau tahu tanah melayu naj jual...mesti dia cari pembeli dari bukan melayu.... sebabnya... komisyen banyak... kalau jual kat orang melayu... sikit sangat kata mereka

Tak tahu lah saya.... daripada pemerhatian saya dengan orang-orang melayu yang jadi broker tanah ni.... nak kata kaya....tak jugak... nak kata senang ...pun tak jugak..... apa lagi kalau bahagia..... mungkin punca rezeki kot... maklumlah broker..... banyak sangat nak bohong.... dekat penjual bohong... dekat pembeli bohong.......tu yang mungkin tak berapa berkat kot...

Baru-baru ni, saya berkesempatan jumpa dengan YB Farid.... ADUN Pulau Betong... sekarang ni dia dah jadi Setiausaha Politik Menteri . Saya pun ceritalah masalah tanah di Balik Pulau ni.... Saya cadangkan kepadanya supaya Pejabat Agama Islam dan PUZ memainkan peranan untama untuk membeli tanah-tanah terutama tanah orang melayu yang nak dijual supaya tak jatuh pada bukan melayu.... gunak sajah lah duit zakat ka.... sebab sekarang ni bukan makruh atau harus lagi dah... dah jadi fadhu kifayah katanya....

Dia cakap, perkara tersebut dia dah maklum kepada JAIPP/PUZ lama dah... semenjak dari BN perintah lagi..... tapi kakitangan mereka tak buat apa pun.... (maklumlah ...tak ada komisyen..... kalau jual kat cina,.....komisyen banyak)

So.... dia cakap.... dia dah ada peruntukan.....100 juta untuk tahun depan kalau tak silap.... so...kalau sapa-sapa yang dengar ada orang nak jual tanah.... cepat-cepat lah pi jumpa dengan YB Farid.... boleh lah dia beli... lepas tu tanah tersebut akan dijual balik kepada orang melayu.. (katanyalah)....

Bukan nak kata depa baguih......dakk... tapi kalau ada yang boleh mendatangkan kebaikan kepada semua pihak... kita gunalah.... jangan lepaskan peluang atau kemudahan yang ada.

Nantilah saya muatkan gambar-gambar tanah orang melayu yang telah jatuh kepada orang cina atau india di sekitar sungai rusa.... lepas ni kaau kita semua tak berjaga-jaga atau tidak mengambil tindakan yang betul...alamat dok dalam sampan lah.....tanah dak tak dak....

Radhi


9/19/10

Gambar-gambar Sekitar Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Balik Pulau

Jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Balik Pulau yang telah diadakan di Dewan JKKK Sungai Burung, Balik Pulau pada hari Sabtu, 18 September 2010. Sambutan sangat meriah sekali dengan kehadiran tetamu dari berbagai kaum dan agama. Berbagai juadah telah disediakan antaranya sate, laksa penang, bihun sup, nasi gulai daging dan anika kuih muih.

9/14/10

Jamuan Aidil Fitri PAS Kaw. Balik Pulau

JAMUAN AIDILFITRI PAS KAWASAN BALIK PULAU

TARIKH : 18/9/2010 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN JKKK SUNGAI BURUNG, BALIK PULAU
MASA : 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM


Semua dijemput hadir

9/3/10

Majlis Bacaan Yassin UPSR

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT PELAJAR UPSR,
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA, BALIK PULAU.


TARIKH : 16 SEPTEMBER 2010
HARI : KHAMIS
MASA : 7.00 MALAM
TEMPAT : MASJID QARIAH SUNGAI RUSA

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

9/2/10

9/1/10

Gambar-gambar sekitar Majlis Penyampaian Ramadhan 1431H


PAS Cawangan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang telah mengadakan program Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan, Tahlil dan Berbuka Puasa bertempat di Masjid Qariah Sungai Rusa, Balik Pulau pada hari Ahad, 29hb. Ogos 2010 (19 Ramadhan 1431) bermula dari jam 5.30 petang.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Fauzi bin Yusof dan turut dihadiri oleh En. Yusoff bin Mohd. Nor dan En. Iszuree bin Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang mewakili PAS Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Cawangan di Balik Pulau serta penduduk kampung Sungai Rusa. Dalam ucapan Yang Dipertua, beliau telah memaklumkan program ini adalah program tahunan yang diusahakan oleh ahli-ahli untuk membantu golongan miskin dan ibu tunggal serta meringankan beban bagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Pada majlis ini, seramai 60 keluarga penerima bantuan telah menerima bantuan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu, gula, kopi dan lain-lain. Majlis disusuli dengan bacaan Tahlil, Tazkirah, Berbuka Puasa serta Solat Maghrib berjamaah.

Ucapan oleh YDP PAS Kaw. Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff

Penyampaian Sumbangan Ramadhan oleh YDP Pas Kawasan



Tahlil dan Tazkirah


Penerangan isu semasa oleh Ahli Majlis MPPP En. Yusoff Mohd Nor dan En Iszuree


Berbuka Puasa

8/15/10

Pidato 8 politik


Ceramah Pakatan Rakyat pada hari Ahad, 8hb. Ogos yang lalu telah diadakan di Komplek Sukan Balik Pulau. Ramai ahli-ahli politik kanan Pakatan Rakyat yang memberi ceramah antaranya YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YAB Lim Guan Eng, YB Mansor Othman, YB Datuk Halim Hussain, YB Yusmadi, Datuk Zaid Ibrahim. YDP PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff juga telah memberikan ceramah dalam majlis tersebut.

8/14/10

MAJLIS SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN SEMPENA RAMADHAN


Assamlamualaikum w.b.t.

PAS Cawangan Sungai Rusa akan mengadakan Majlis Sumbangan Untuk Fakir Miskin yang dijadualkan pada 29 Ogos 2010. Kami momohon sumbangan daripada pihak tuan/puan samada dari segi kewangan atau barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada fakir miskin di sekitar Kampong Sungai Rusa, Balik Pulau.

Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan kepada AJK Pas Cawangan seperti di bawah:

1. Saad bin Ahmad : 013-4852351
2. Idris bin Ali : 019-4808593
3. Ahmad bin Kasim : 016-4996030
4. Muhammad Radhi Shariff Hussain : 019-3883424

Sumbangan daripada tuan/puan amatlah diperlukan. Semuga Allah swt dapat membalas jasa baik tuan/puan.

3/15/10



Ceramah Perdana "Mengupas Isu-isu Semasa"


Tarikh : 20 Mac 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Komplek Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 9.30malam



Senarai Penceramah:


Tn. Guru Haji Hadi bin Awang
Ustaz Salleh bin Man
Ustaz Nasharuddin bin Mat Isa
YB Salehuddin Ayob
Tuan Ibrahim Tuan Man
Mahfuz bin Omar
YB Lim Guan Eng
Ustaz Idris in Ahmad
Mohamad bin Sabu
Ustaz Mujahid bin Yusoff Rawa
Ustaz Nasarudin Hassan Attantawi
Dato Mustafa Ali
Dato Abd Halim bin Abdul Rahman
Ustazah Nuridah bt Salleh

Semua lapisan masyarakat dijemut hadir.

1/1/10

Gambar

Gambar sekitar Dialog bersama Pas Kawasan Balik Pulau bersama dnegan Dewan Ulamak Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri yang diadakan pada 31/12/09 bertempat di Dewan JKKK Titi Teras, Balik Pulau