11/23/09

Kemalangan di Sungai Rusa



Gambar-gambar kemalangan yang belaku pada hari Khamis, 19 Nov tempoh-hari berhadapan dengan kedai makan Mokhtar. Lupa nak upload. Kemalangan di antara sebuah van dan motosikal RX-Z. Penunggang motosikal telah melanggar van tersebut dan tercampak masuk ke dalam van. Ia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.



Keruntuhan Akhlak di Sungai Rusa. Tanggungjawab siapa??



Tengahari tadi, saya bersembang dengan rakan persejuangan, beliau mengadu kepada saya berkenaan dengan keruntuhan akhlak yang begitu teruk di kampung kita ini. Pada lewat malam dan awal pagi, terdapat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang bergaul tanpa batas dan susila di bangunan kedai Arwah Pak Long Deraman. Kebanyakannya masih bersekolah lagi, umurpun dalam lingkungan belasan tahun.

Apabila ditegur, mereka berkata, "mak kami pun tak marah, yang pak cik-mak cik dok sibuk kenapa?". Begitu berani sekali remaja-remaja zaman sekarang. Tepi jalan, dekat masjid pulak tu pun berani buat benda yang tak senonoh, kalau tempat yang tersembunyi tu lagi teruklah gamaknya.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar kolej ICT yang menyewa rumah di kampong ini. Bermacam-macam kes yang kita dengar. Yang lelaki bawa balik perempuan ke rumah, yang perempuan bawa balik lelaki ke rumah. Yang kena tangkap pun banyak....yang tak kena tangkap, lagi lah banyak. Pukul dua tiga pagi pun masih bersembang dan bergelak ketawa antara lelaki dan perempuan tanpa menghiraukan jiran-jiran sekeliling. Keluar masuk rumah lelaki atau perempuan macam tak ada hukum-hakam, halal dan haram.

Itu bab keruntukan akhlak, bagaimana pula dengan ramai anak khariah yang menagih dadah, mencuri sana-sini, "pantang lepa", mesti hilang.... nak jemur tudung periuk kat luar rumah pun dah tak berani, habis dikebasnya. Yang lain-lain tu jangan cerita lah.... buah kelapa, buah nangka macam dia yang punya. Kalau musim buah-buahan, berpesta sakan mereka ini. Kadang-kadang tuan punya kebun yang sekangkang kera tu rasa buang masa saja pi jaga kebun, hasil tak boleh makan, dapat kat depa dulu. Kes ragut, pecah rumah, mencuri.....macam-macam..........

Kenapa begini jadinya? Pembangunan? Kemewahan? Kebendaan? Keduniaan? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku? Ibu? Bapa? Masyarakat sekeliling? Pengerusi Kariah? Imam? Ustaz? Guru? Pemimpin politik? YB? JKKP? JKKN? Pejabat Agama?


FIKIR-FIKIR LAH,

TEPUK DADA TANYA SELERA

11/21/09

Majlis Ihtifal SRIA dan Kenduri Kesyukuran




Permatang Pasir (22 Nov) : Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan kenduri kesyukuran telah diadakan pada sebentar tadi yang bermula bertempat di SRIA bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Majlis juga disusuli dengan kenduri kesyukuran untuk semua jemputan yang hadir.

Para jemputan disajikan dengan persembahan nasyid, sajak, ceramah oleh pelajar-pelajar SRIA sebelum majlis penyampaian hadiah untuk pelajar.


Persembahan nasyid oleh pelajar

Pelajar cemerlang tahun dua bersama waris menerima hadiah dari Ustaz Fauzi

Antara tetamu yang hadir

Lagi gambar tetamu yang hadir

Lagi gambar tetamu yang hadir
Jemputan sedang menjamu selera.

IHTIFAL PASTI DARUSSALAM, SUNGAI RUSA & PASTI PERMATANG PASIR

Majlis Ihtifal PASTI Darussalam, Sungai Rusa akan diadakan bersama dengan PASTI Permatang Pasir seperti berikut

Tarikh : 22 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Kariah, Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau
Masa : 9.00pagi ~ 1.00 tengahari

Semua muslimin dan muslimat juga dijemput untuk kenduri kesyukuran Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) selepas selesai majlis ihtifal tersebut.

11/20/09

Senarai AJK Qaryah Sungai Rusa

Untuk makluman semua terutama sekali kepada warga qaryah Sungai Rusa, di bawah ini disenaraikan nama-nama Ahli Jawatankuasa Khariah Sungai Rusa. Maklumlaa....dah lebih 12 tahun tiada mesyuarat agong dan pemilihan jawatankuasa kariah dibuat, kebanyakan masyarakat tak tahu pun siapa AJK Khariah kerana urusan perlantikan AJK Khariah tidak pernah dibincangkan langsung bersama anak khariah.

Diharap dengan tamatnya YDP Majlis Agama Islam, YB Shabudin bin Yahaya pada hujung tahun 2009 ini, lantikan secara telus dan demokratik untuk AJK Khariah dapat dilaksanakan. Semoga anak khariah Sungai Rusa dapat melantik pemimpin mereka sendiri dan bukannya pemimpin yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam atau parti politik sepertimana yang telah berlaku sekarang. Lantiklah anak khariah yang benar-benar ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai pengerusi dan ajk khariah. Manakala ntuk jawatan masjid seperti imam, bilal dan siak, lantiklah orang-orang mempunyai ilmu agama yang tinggi, elok budi pekerti, amanah dan yang sedia berkhidmat untuk masyarakat.

Sama-samalah kita berdoa supaya suasana khariah Sungai Rusa dapat menjadi atau dikembalikan seperti tahun-tahun sebelum pimpinan pengerusi sekarang di mana kerjasama, perpaduan, semangat gotong-royong, kenduri-kendara dan sebagainya adalah sangat baik bukanmana seperti sekarang yang telah dihancurkan oleh golongan-golongan yang berkepentingan.

Wallahhualam


Senarai Pegawai Masjid
  1. Mohd Basir bin Abdul Razak - Imam 1
  2. Abu Bakar bin Mohamed - Imam 2
  3. Sulaiman bin Ibrahim - Imam 3
  4. Rahim bin Bakar - Bilal 1
  5. Rosli bin Shaari - Bilal 2
  6. Mohamad bin Sahat - Siak 1
  7. Ahmad bin Yob - Siak 2

Senarai Jawatan Kuasa Qaryah

  1. Ibrahim bin Md. Saman - Pengerusi
  2. Mohd Basir bin Abdul Razak - Timb. Pengerusi
  3. Sulaiman bin Ibrahim - Setiausaha
  4. Ahmad Kamar bin Bahari - Bendahari
  5. Rahim bin Bakar - Ahli Jawatan Kuasa
  6. Fadzil bin Hamid - Ahli Jawatan Kuasa
  7. Abd. Latiff bin Hj. Othman - Ahli Jawatan Kuasa
  8. Hajah Latipah binti Ali - Ahli Jawatan Kuasa
  9. Abd. Rahim bin Ibrahim - Ahli Jawatan Kuasa
  10. Hjh Halimah binti Abdullah - Ahli Jawatan Kuasa
  11. Abd. Wahab bin Haji Shariff - Ahli Jawatan Kuasa
  12. Mohd Rosli bin Hj Ismail - Ahli Jawatan Kuasa
  13. Mohd Nazri bin Omar -Pemeriksa Kira-kira
  14. Hj Husain bin Wahid -Pemeriksa Kira-kira

Sila rujuk di sini untuk link ke senarai AJK Qaryah dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang

Keputusan UPSR

Alhamdulillah, sebanyak 5 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa telah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan pada hari Khamis lalu. 5 orang juga telah mendapat keputusan 4A 1B. Menurut dari Guru Besar Sekolah Keb. Sg. Rusa, walaupun keputusan yang didapati tidak menepati 'target' yang disasarkan oleh sekolah, pada umumnya, peratus keputusan tersebut telah meningkat daripada tahun-tahun yang lepas. Pas Sungai Rusa mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar tersebut serta keluarga yang telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

TAHNIAH

11/9/09

Mesyuarat AJK PAS Sg. Rusa.


Mesyuarat Pas Cawangan Sungai Rusa sempena Ihtifal Pasti Darussalam Sungai Rusa akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12/11/2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : PASTI Sungai Rusa


Semua AJK dan ahli-ahli dijemput hadir

Senarai JKKK Kg. Sungai Rusa

Untuk kemudahan semua, disertakan senarai Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong, Sungai Rusa, Balik Pulau. Diharap dengan adanya senarai ini, amatlah diharapkan semua aduan atau permasalahan dapat disalurkan kepada JKKKN dengan segera dan semoga ahli-ahli JKKKN dapat berbakti dengan efisyen dan cekap.

  1. Pengerusi - En Mohd Shukri bin Ishak, Tel 04-8666703, 016-4373212
  2. Setiausaha - En Mohamad bin Othman, tel 016-4632916
  3. AJK - Ahmad bin Ramli, No. Tel : 016-4618552
  4. AJK - Hilmi bin Omar, No. Tel : 012-4060725
  5. AJK - Mohamad Salleh bin Hussain, No. Tel : 017-4719475
  6. AJK - Khairul Azlan bin Mat, No. Tel : 012-4365622
  7. AJK - Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad, No. Tel : 012-4296542
  8. AJK - Hamidah bte Pawanchik, No. Tel : 016-4008124
  9. AJK - Zamri bin Omar, No. Tel : 016-4921311
  10. AJK - Ahmad bin Mustafa, No. Tel : 012-4883209
  11. AJK - Abidin bin Hj Sulaiman, No. Tel : o12-4189104
  12. AJK - Johari bin Omar, No. Tel : 016-4022310
  13. AJK - Muhamad bin Omar, No. Tel : 013-4301855
  14. AJK - Roslan bin Ramli, No. Tel : 012-4508550
  15. AJK - Saadiah bte Mat Dom, No. Tel : 017-4278527

Senarai JKKKN untuk semua kampung/kawasan di Daerah Barat Daya Pulau Pinang sila rujuk di sini.

Kalau siapa-siapa nak tahu senarai JKKKP, sila rujuk di sini.

11/8/09

AL-FATIHAH


Untuk makluman semua, ibu kepada ahli Pas Sungai Rusa Mohd. Abdullah Zaini iaitu Hajjah Ramlah binti Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Mak Long Melah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad di rumah anaknya di Simpang Empat. Jenazah Mak Long Melah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampong Sungai Rusa pada pagi Isnin.

Semasa hayatnya, Mak Long Melah banyak mecurahkan jasa baktinya kepada masyarakat kampong ini, di antaranya beliau mengajar Al-Quran, wakil qariah dalam musabaqah Al-Quran mewakili daerah Barat Daya semasa tahun 70an, menjadi mentara dalam majlis kenduri dan bermacam-macam lagi.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan kepada keluarganya, PAS Sungai Rusa mengucapkan takziah. Amiiin....

PENGUMUMAN


9 Nov 2009 (Isnin) : Untuk makluman semua, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Rusa untuk melawat tapak dan meletak batu asas sebuah "sekolah agama" di Sungai Rusa. YDP PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Mohd Fauzi Yusof memaklumkan pagi ini bahawa sehingga kini pihak PAS Kawasan tidak dimaklumkan tentang apa-apa berita atau makluman berkaitan dengan lawatan tersebut. PAS Kawasan dan Cawangan tidak pernah mengatur atau mengurus apa-apa lawatan TGNA untuk perkara tersebut.

Oleh yang demikian, PAS Kawasan Balik Pulau dan PAS Cawangan Sungai Rusa tidak bertanggung jawab ke atas berita mengenai lawatan Tuan Guru Nik Aziz tersebut. Diharap semua ahli pas dapat menerangkan perkara tersebut kepada masyarakat setempat.

Terima kasih

PAS Caw. Sungai Rusa

11/4/09

Senarai nombor telefon agensi kerajaan di Balik Pulau

Pejabat Daerah dan TanahDaerah Barat Daya
11000 Balik Pulau,Pulau Pinang
048691104

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau,Pulau Pinang
048662222

Mahkamah Balik Pulau
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668301

Mahkamah Syariah Barat Daya
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048662282

Pejabat Agama Daerah
Jalan Titi Teras
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668525

Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru
11900 Jalan Tengah,
Pulau Pinang
046434444

Tenaga Nasional Berhad
11950 Bayan Baru,
Bayan Lepas,Pulau Pinang
046427121

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No.1 Jln Persiaran Mahsuri,
Bandar Bayan Baru, 11909,
Bayan Lepas, Pulau Pinang
046340222

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Pelabuhan LKIM, Batu Maung,
11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
046265061

Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668442

Pejabat Jurutera Daerah
JKR, Daerah Barat Daya,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
04-8669040

Pejabat Kesihatan Daerah Air Puteh,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668357

Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah,
Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Pinang,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
048691805

Pejabat Pelajaran Daerah,
Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048664500

Pertubuhan Peladang Kawasan
Kawasan Seri Pulau,
Jln Genting,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668289

Pejabat Pertanian Daerah
Daerah Barat Daya,
Jln Sg Nipah,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668429

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Daerah Barat Daya,
Jln Sg Burong,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048666700

Balai Bomba Dan Penyelamat Balik Pulau
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048669444

Pejabat MARA Daerah
No.11 A, Jln Balik Pulau,
Taman Pasir Mas,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048664969

Pejabat Pendaftaran Daerah
Kompleks Balik Pulau,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668410

Pejabat Belia Dan Sukan
Daerah Barat Daya,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668244

Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Daerah
Daerah Barat Daya,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668231

Perbadanan Bekalan Air
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668228

Pejabat Pos Balik Pulau
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang
048668204

11/2/09

Cakap pasal prinsip, mari kita belajar dari TGNA.

Assalamualaikum, artikel ini saya ambil dari blog Kopitiam Bang Nan, sangat menarik dan sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.



"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak." Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Jadi jika ada mana2 orang dalam parti kita sudah mula memperlekehkan TGNA, teman akan cuba membetulkan pandangan atau perspektif yang sudah 'tergelincir' terhadap TGNA itu...
Bukan nak jadi hero atau nak mengkeramatkan beliau tetapi cuma sekodor mengingatkan. Setengah dari kita belum lahir lagi sedangkan TGNA sudah sedia berjuang di dalam PAS. Dan beliau sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini.

Hari ini teman 'highlight' sikit tentang kekuatan dan iltizam tuan guru...."Ayahanda yang tidak akan menyembah makhluk." Walaupun kasih sayangnya pada Nik Adli sebagai seorang anak tiada bandingan, dia tidak akan merayu Pak Lah untuk membebaskan anaknya. Bukan merayu...melawat anaknya pun tidak. Semuanya dilakukan kerana prinsip hidup dan perjuangan.

Hatta semasa TGNA sakit, bukan dia yang minta perlepasan untuk anaknya seketika itu...
Tidak hairan TGNA boleh pertahankan Kelantan selama lebih 19 tahun walaupun berbagai tekanan dihadapi.
Jadi kalu ada sapa2 yang pasang angan2 nak hentam TGNA...pikiolah yob.

Surat Nik Aziz kepada anaknya, Nik Adli:
"Sabar dan tabah, jihad di Afghanistan lebih hebat lagi" Oleh Mazlan JusohKOTA BHARU, 31 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz berharap anaknya, Nik Adli, 34, bersabar menghadapi dugaan kerana perjuangan jihad yang pernah dilalui ketika menentang Komunis Russia di Afghanistan suatu ketika dahulu ternyata lebih hebat lagi.

"Ayahanda juga memohon maaf kepada anakanda kerana tidak dapat menziarahi anakanda yang ditahan di bawah ISA yang terkutuk itu bersama-sama bonda anakanda-anakanda lain," katanya dalam sepucuk surat yang dikirim kepada Nik Adli bertarikh 27 Ogos.
Surat tersebut telah dibawa oleh isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, abang Nik Adli, Nik Abduh dan isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math, ketika menemui beliau di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur, 28 Ogos lepas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, cerita mengenai kezaliman ISA sudah didengari sejak tahun 1960-an lagi, di mana ketika itu ramai pemimpin-pemimpin PAS telah ditahan, termasuk Haji Nik Abdullah Arshad, Haji Daud Kubang Bemban, Haji Hassan Lemal dan Haji Fuad Chabang Empat, Tumpat.

"Pengamal ISA adalah mereka yang bermaksiat kepada Allah kerana mencabul kehormatan manusia," katanya.
Menurutnya, beliau tidak kisah jika anaknya ditahan oleh pihak berkuasa asalkan ia dibicarakan di mahkamah secara terbuka.
Bagaimanapun katanya, pemimpin negara sekarang begitu takut sekali untuk berdepan dengan rakyat sehingga mereka seolah-olah bercakap sebelah pihak sahaja.

"Mereka takut untuk berdebat dengan Dewan Pemuda PAS dan bermuzakarah dengan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai amanatnya.
"Oleh itu, anakanda hendaklah banyak-banyak bersabar menghadapi situasi sekarang," katanya lagi dalam surat tersebut.

Beliau juga berkata, rakyat sekarang memberi sokongan kepada keluarganya dalam menghadapi isu tangkapan ISA.
"Rakyat sudah menunaikan solat hajat beramai-ramai dan mereka datang memberi sokongan kepada keluarga kita. Ayuh teruskan perjuangan," katanya.
Surat tersebut diakhiri dengan kalimat, "Ayahanda yang tidak akan menyembah makhluk."

Nik Adli ditahan di bawah ISA pada 4 Ogos lalu sewaktu diarah datang ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kelantan kononnya untuk siasatan kes perhimpunan membantah pertunjukan hiburan anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di sebuah hotel di sini, tahun lalu.
Turut ditahan sembilan lagi aktivis pemuda PAS yang dikaitkan dengan apa yang dinamakan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Nik Adli juga dituduh sebagai ketua KMM. Bagaimanapun selepas itu KMM ditukar pula nama kepada Kumpulan Militan Malaysia dan orang lain pula dikatakan sebagai ketuanya.
Sementara itu, permohonan habeas corpus Nik Adli yang dikemukakan oleh isteri beliau akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 9 September depan.