12/30/09

DAILOG PAS KAWASAN

Dailog bersama PAS kawasan dengan Dewan Ulamak Negeri iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 31/12/2009
Hari : Khamis
Masa: 9.00 malam
Tempat : Dewan JKKK Titi Teras, Balik Pulau



Semua ahli dijemput hadir.

12/28/09

PR perintah TOL lupus dalam 7 tahun


Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR 23 Dis: Rakyat negara ini akan menikmati pakej percuma ketika menggunakan seluruh lebuhraya selepas 7 tahun memerintah negara. Perkara ini seperti mana tercatat dalam persetujuan bersama Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 19 Disember lalu.

Sekretariat Kementerian Kewangan Pakatan Rakyat, Dr. Zulkifly Ahmad berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai kerana PR melaksanakan dasar kepimpinan yang berintegriti, pro rakyat dan urus tadbir yang baik bagi memastikan kesejahteraan rakyat negara ini terbela.

Menurutnya, jika PR diberi peluang untuk memerintah Malaysia pada PRU ke 13, pihaknya akan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS) dan semua konsesi tol seluruh negara.
“Dasar penswastaan oleh rejim BN terutamanya di era Mahathirisme telah menghasilkan kesan yang buruk kepada rakyat kerana segala projek dilaksanakan ada kaitan dengan kroni dan kepentingan politik BN semata-mata.

"Segala kos telah di ambil perkiraan untuk manfaat semua pihak dalam BN dan pemimpin-pemimpin mereka maka tidak ada jalan lain bagi pihak konsesi selain menaikkan tarif tol yang akhirnya amat membebankan rakyat.

Oleh itu, Insya’allah, sebaik sahaja kita menduduki Putrajaya, kita akan mengkaji keseluruhan projek penswastaan di negara ini termasuk penswastaan air bagi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen (MP) Kuala Selangor memberitahu, dasar menghapuskan tol itu munasabah untuk dicapai dan dilaksanakan kerana ia telah diperhalusi, diteliti dan dirunding secara kolektif oleh golongan yang arif mengenainya dalam PR.
Beliau memberi contoh kerajaan Selangor yang dipimpin oleh PR berupaya untuk mengurangkan cukai air tetapi dihalang oleh rejim BN yang masih memerintah kerajaan persekutuan.

Sehubungan itu, Zulkifly berharap rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada PR agar cita-cita bersama untuk melihat negara ini diurus tadbir dengan baik dapat direalisasikan dengan jayanya.

Terdahulu, dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu, PR antara lain menyatakan bahawa dengan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS), tol di Malaysia mampu dilupuskan dalam tempoh tujuh tahun melalui urus tadbir negara yang telus, berintegriti dan bebas dari ketirisan kebocoran.

Ketua Pengarah Audit Negara sebelum ini melaporkan negara kehilangan RM 28 Bilion setahun akibat pelbagai ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.

12/23/09

SUDAHKAH ANDA, KELUARGA ANDA, KAWAN-KAWAN ANDA, JIRAN ATAU SAHABAT TAULAN ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH?

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH?

Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?

Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

DI MANA BOLEH MENDAFTAR?

Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

ATAU

Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri

ATAU

Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
Unit bergerak Suruhanjaya;

DAN

Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.


TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH

Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.


MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)

1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.
2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:
2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka)
2.2) Nombor K/P lama anda (8 angka)
3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.
4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).
5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.
6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.


BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA?

Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:

1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda;
2) melalui internet di http://www.spr.gov.my;/

Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:
Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);
Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'

Source from:http://www.spr.gov.my/

12/14/09

Gotong Royong Membaiki Pasti Darussalam



Tarikh : 19hb. Disember 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi


Semua ahli PAS Caw Sungai Rusa dan keluarga, muslimin dan muslimat dijemput untuk bersama-sama bergotong-royong membaiki bangunan PASTI Darussalam. Kehadiran semua amatlah diharapkan.


Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2010, Pasti Darussalam, Sungai Rusa








Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun.

Sila Hubungi

Ustazah Fazlina, H/P: 019-4408894

untuk pendaftaran.

12/7/09

Mesyuarat PASTI Caw. Sungai Rusa

Tarikh : 10.12.2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00 Malam
Tempat : PASTI Darussalam, Sungai Rusa.

Semua AJK dan ahli PAS Caw. Sungai Rusa dijemput hadir.