11/2/09

Cakap pasal prinsip, mari kita belajar dari TGNA.

Assalamualaikum, artikel ini saya ambil dari blog Kopitiam Bang Nan, sangat menarik dan sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.



"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak." Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Jadi jika ada mana2 orang dalam parti kita sudah mula memperlekehkan TGNA, teman akan cuba membetulkan pandangan atau perspektif yang sudah 'tergelincir' terhadap TGNA itu...
Bukan nak jadi hero atau nak mengkeramatkan beliau tetapi cuma sekodor mengingatkan. Setengah dari kita belum lahir lagi sedangkan TGNA sudah sedia berjuang di dalam PAS. Dan beliau sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini.

Hari ini teman 'highlight' sikit tentang kekuatan dan iltizam tuan guru...."Ayahanda yang tidak akan menyembah makhluk." Walaupun kasih sayangnya pada Nik Adli sebagai seorang anak tiada bandingan, dia tidak akan merayu Pak Lah untuk membebaskan anaknya. Bukan merayu...melawat anaknya pun tidak. Semuanya dilakukan kerana prinsip hidup dan perjuangan.

Hatta semasa TGNA sakit, bukan dia yang minta perlepasan untuk anaknya seketika itu...
Tidak hairan TGNA boleh pertahankan Kelantan selama lebih 19 tahun walaupun berbagai tekanan dihadapi.
Jadi kalu ada sapa2 yang pasang angan2 nak hentam TGNA...pikiolah yob.

Surat Nik Aziz kepada anaknya, Nik Adli:
"Sabar dan tabah, jihad di Afghanistan lebih hebat lagi" Oleh Mazlan JusohKOTA BHARU, 31 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz berharap anaknya, Nik Adli, 34, bersabar menghadapi dugaan kerana perjuangan jihad yang pernah dilalui ketika menentang Komunis Russia di Afghanistan suatu ketika dahulu ternyata lebih hebat lagi.

"Ayahanda juga memohon maaf kepada anakanda kerana tidak dapat menziarahi anakanda yang ditahan di bawah ISA yang terkutuk itu bersama-sama bonda anakanda-anakanda lain," katanya dalam sepucuk surat yang dikirim kepada Nik Adli bertarikh 27 Ogos.
Surat tersebut telah dibawa oleh isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, abang Nik Adli, Nik Abduh dan isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math, ketika menemui beliau di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur, 28 Ogos lepas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, cerita mengenai kezaliman ISA sudah didengari sejak tahun 1960-an lagi, di mana ketika itu ramai pemimpin-pemimpin PAS telah ditahan, termasuk Haji Nik Abdullah Arshad, Haji Daud Kubang Bemban, Haji Hassan Lemal dan Haji Fuad Chabang Empat, Tumpat.

"Pengamal ISA adalah mereka yang bermaksiat kepada Allah kerana mencabul kehormatan manusia," katanya.
Menurutnya, beliau tidak kisah jika anaknya ditahan oleh pihak berkuasa asalkan ia dibicarakan di mahkamah secara terbuka.
Bagaimanapun katanya, pemimpin negara sekarang begitu takut sekali untuk berdepan dengan rakyat sehingga mereka seolah-olah bercakap sebelah pihak sahaja.

"Mereka takut untuk berdebat dengan Dewan Pemuda PAS dan bermuzakarah dengan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai amanatnya.
"Oleh itu, anakanda hendaklah banyak-banyak bersabar menghadapi situasi sekarang," katanya lagi dalam surat tersebut.

Beliau juga berkata, rakyat sekarang memberi sokongan kepada keluarganya dalam menghadapi isu tangkapan ISA.
"Rakyat sudah menunaikan solat hajat beramai-ramai dan mereka datang memberi sokongan kepada keluarga kita. Ayuh teruskan perjuangan," katanya.
Surat tersebut diakhiri dengan kalimat, "Ayahanda yang tidak akan menyembah makhluk."

Nik Adli ditahan di bawah ISA pada 4 Ogos lalu sewaktu diarah datang ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kelantan kononnya untuk siasatan kes perhimpunan membantah pertunjukan hiburan anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di sebuah hotel di sini, tahun lalu.
Turut ditahan sembilan lagi aktivis pemuda PAS yang dikaitkan dengan apa yang dinamakan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Nik Adli juga dituduh sebagai ketua KMM. Bagaimanapun selepas itu KMM ditukar pula nama kepada Kumpulan Militan Malaysia dan orang lain pula dikatakan sebagai ketuanya.
Sementara itu, permohonan habeas corpus Nik Adli yang dikemukakan oleh isteri beliau akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 9 September depan.

No comments:

Post a Comment