10/24/09

Gambar Nostalgia 2 - Pilihanraya Umum 10 (Konvoi berkereta di Balik Pulau)

Teringat lagi masa tu, berduyun-duyun kereta dan motosikal yang mengambil bahagian dalam konvoi di sekeliling Balik Pulau. Kempen tersebut bermula dari Taman Sri Indah dan berakhir di Pantai Acheh....
Berkumpul di Taman Sri Indah
Melalui Pekan Balik Pulau
Pekan Balik Pulau, teringat lagi pada mee pokok ketapang Kalau tak silap, jalan menuju Pulau Betong
Pekan Pantai Acheh

10/23/09

Gambar Nostalgia - Pilihanraya Umum 10 (29 Nov 1999)

GAMBAR-GAMBAR SEMASA HARI PENAMAAN CALON
Gambar 1 : Perarakan dari Masjid Titi Teras ke Pejabat Daerah Balik Pulau. Gambar 2 : Penyokong Barisan AlternatifGambar 3 : Antara ahli PAS yang hadir

Gambar 4 : Kawalan PDRM, biasa sahaja....bukan macam sekarang

Gambar Nostalgia - Penamaan Calon PRU 11 (14/3/2004)

Encik Mat sedang "ushar line" nak lepaskan para mujahiddin untuk berperang



Barisan calon-calon dari PAS dan KeadilanPerarakan dari Pasti Sungai Burong ke Dewan MPPPRamainya yang hadir semasa Penamaan Calon Para penyokong yang hadir

Allahyarham En. Sudin yang memegang bendera KeadilanHidup PAS !!! Di bilik Gerakan PAS Sungai Rusa.....

10/21/09

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

10/20/09















Semangat membara!!!!

10/19/09

JAMUAN AIDILFITRI PAS CAW. SUNGAI RUSA


























Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Cawangan Sungai Rusa telah diadakan pada 17 Oktober 2009 bertempat bersebelahan Masjid Sungai Rusa (kedai Haji Anuar) selepas Solat Asar. Ramai tetamu-tetamu telah hadir termasuk ahli-ahli dan keluarga PAS cawangan dan kawasan, masyarakat setempat dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

JAMUAN RAYA PAS BALIK PULAU

Jamuan Hari Raya PAS Balik Pulau yang diadakan di Dewan Balora pada malam 16 Oktober 2009. Sambutannya amat hebat sekali. Sekalung tahniah kepada semua anggota PAS Balik Pulau terutama sekali AJK Kawasan yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut.


Petugas tak menang tangan.


Gerai sate yang menjadi tumpuan utama



Makan...jangan tak makan..



YDP Ustaz Fauzi menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.


Antara muslimat dan keluarga yang hadir


Berbagai juadah disediakan, sampai tak tahu mana yang nak dipilih. Semua sedap...

10/18/09

MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA

Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Pas Cawangan Sungai Rusa telah diadakan pada 14 September 2009 (24 Ramadhan) bertempat di Masjid Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau. Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Abdul Halim bin Hussain dan YDP PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusof turut hadir dalam majlis ini.


PROGRAM SEDEKAH DAN ZIARAH

Program Sedekah dan Ziarah pada bulan Ramadhan 1430H yang lalu. Lebih daripada 4o keluarga telah menerima bantuan berupa barang keperluan harian sumbangan daripada Pas Sungai Rusa. Terima kasih diucapkan kepada penderma-penderma.





Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke Blog PAS Cawangan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Dengan adanya blog ini, dapatlah kita mengetahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PAS Cawangan Sungai Rusa.