11/23/09

Kemalangan di Sungai Rusa



Gambar-gambar kemalangan yang belaku pada hari Khamis, 19 Nov tempoh-hari berhadapan dengan kedai makan Mokhtar. Lupa nak upload. Kemalangan di antara sebuah van dan motosikal RX-Z. Penunggang motosikal telah melanggar van tersebut dan tercampak masuk ke dalam van. Ia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.



Keruntuhan Akhlak di Sungai Rusa. Tanggungjawab siapa??



Tengahari tadi, saya bersembang dengan rakan persejuangan, beliau mengadu kepada saya berkenaan dengan keruntuhan akhlak yang begitu teruk di kampung kita ini. Pada lewat malam dan awal pagi, terdapat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang bergaul tanpa batas dan susila di bangunan kedai Arwah Pak Long Deraman. Kebanyakannya masih bersekolah lagi, umurpun dalam lingkungan belasan tahun.

Apabila ditegur, mereka berkata, "mak kami pun tak marah, yang pak cik-mak cik dok sibuk kenapa?". Begitu berani sekali remaja-remaja zaman sekarang. Tepi jalan, dekat masjid pulak tu pun berani buat benda yang tak senonoh, kalau tempat yang tersembunyi tu lagi teruklah gamaknya.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar kolej ICT yang menyewa rumah di kampong ini. Bermacam-macam kes yang kita dengar. Yang lelaki bawa balik perempuan ke rumah, yang perempuan bawa balik lelaki ke rumah. Yang kena tangkap pun banyak....yang tak kena tangkap, lagi lah banyak. Pukul dua tiga pagi pun masih bersembang dan bergelak ketawa antara lelaki dan perempuan tanpa menghiraukan jiran-jiran sekeliling. Keluar masuk rumah lelaki atau perempuan macam tak ada hukum-hakam, halal dan haram.

Itu bab keruntukan akhlak, bagaimana pula dengan ramai anak khariah yang menagih dadah, mencuri sana-sini, "pantang lepa", mesti hilang.... nak jemur tudung periuk kat luar rumah pun dah tak berani, habis dikebasnya. Yang lain-lain tu jangan cerita lah.... buah kelapa, buah nangka macam dia yang punya. Kalau musim buah-buahan, berpesta sakan mereka ini. Kadang-kadang tuan punya kebun yang sekangkang kera tu rasa buang masa saja pi jaga kebun, hasil tak boleh makan, dapat kat depa dulu. Kes ragut, pecah rumah, mencuri.....macam-macam..........

Kenapa begini jadinya? Pembangunan? Kemewahan? Kebendaan? Keduniaan? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku? Ibu? Bapa? Masyarakat sekeliling? Pengerusi Kariah? Imam? Ustaz? Guru? Pemimpin politik? YB? JKKP? JKKN? Pejabat Agama?


FIKIR-FIKIR LAH,

TEPUK DADA TANYA SELERA

11/21/09

Majlis Ihtifal SRIA dan Kenduri Kesyukuran




Permatang Pasir (22 Nov) : Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan kenduri kesyukuran telah diadakan pada sebentar tadi yang bermula bertempat di SRIA bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Majlis juga disusuli dengan kenduri kesyukuran untuk semua jemputan yang hadir.

Para jemputan disajikan dengan persembahan nasyid, sajak, ceramah oleh pelajar-pelajar SRIA sebelum majlis penyampaian hadiah untuk pelajar.


Persembahan nasyid oleh pelajar

Pelajar cemerlang tahun dua bersama waris menerima hadiah dari Ustaz Fauzi

Antara tetamu yang hadir

Lagi gambar tetamu yang hadir

Lagi gambar tetamu yang hadir
Jemputan sedang menjamu selera.

IHTIFAL PASTI DARUSSALAM, SUNGAI RUSA & PASTI PERMATANG PASIR

Majlis Ihtifal PASTI Darussalam, Sungai Rusa akan diadakan bersama dengan PASTI Permatang Pasir seperti berikut

Tarikh : 22 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Kariah, Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau
Masa : 9.00pagi ~ 1.00 tengahari

Semua muslimin dan muslimat juga dijemput untuk kenduri kesyukuran Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) selepas selesai majlis ihtifal tersebut.

11/20/09

Senarai AJK Qaryah Sungai Rusa

Untuk makluman semua terutama sekali kepada warga qaryah Sungai Rusa, di bawah ini disenaraikan nama-nama Ahli Jawatankuasa Khariah Sungai Rusa. Maklumlaa....dah lebih 12 tahun tiada mesyuarat agong dan pemilihan jawatankuasa kariah dibuat, kebanyakan masyarakat tak tahu pun siapa AJK Khariah kerana urusan perlantikan AJK Khariah tidak pernah dibincangkan langsung bersama anak khariah.

Diharap dengan tamatnya YDP Majlis Agama Islam, YB Shabudin bin Yahaya pada hujung tahun 2009 ini, lantikan secara telus dan demokratik untuk AJK Khariah dapat dilaksanakan. Semoga anak khariah Sungai Rusa dapat melantik pemimpin mereka sendiri dan bukannya pemimpin yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam atau parti politik sepertimana yang telah berlaku sekarang. Lantiklah anak khariah yang benar-benar ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai pengerusi dan ajk khariah. Manakala ntuk jawatan masjid seperti imam, bilal dan siak, lantiklah orang-orang mempunyai ilmu agama yang tinggi, elok budi pekerti, amanah dan yang sedia berkhidmat untuk masyarakat.

Sama-samalah kita berdoa supaya suasana khariah Sungai Rusa dapat menjadi atau dikembalikan seperti tahun-tahun sebelum pimpinan pengerusi sekarang di mana kerjasama, perpaduan, semangat gotong-royong, kenduri-kendara dan sebagainya adalah sangat baik bukanmana seperti sekarang yang telah dihancurkan oleh golongan-golongan yang berkepentingan.

Wallahhualam


Senarai Pegawai Masjid
  1. Mohd Basir bin Abdul Razak - Imam 1
  2. Abu Bakar bin Mohamed - Imam 2
  3. Sulaiman bin Ibrahim - Imam 3
  4. Rahim bin Bakar - Bilal 1
  5. Rosli bin Shaari - Bilal 2
  6. Mohamad bin Sahat - Siak 1
  7. Ahmad bin Yob - Siak 2

Senarai Jawatan Kuasa Qaryah

  1. Ibrahim bin Md. Saman - Pengerusi
  2. Mohd Basir bin Abdul Razak - Timb. Pengerusi
  3. Sulaiman bin Ibrahim - Setiausaha
  4. Ahmad Kamar bin Bahari - Bendahari
  5. Rahim bin Bakar - Ahli Jawatan Kuasa
  6. Fadzil bin Hamid - Ahli Jawatan Kuasa
  7. Abd. Latiff bin Hj. Othman - Ahli Jawatan Kuasa
  8. Hajah Latipah binti Ali - Ahli Jawatan Kuasa
  9. Abd. Rahim bin Ibrahim - Ahli Jawatan Kuasa
  10. Hjh Halimah binti Abdullah - Ahli Jawatan Kuasa
  11. Abd. Wahab bin Haji Shariff - Ahli Jawatan Kuasa
  12. Mohd Rosli bin Hj Ismail - Ahli Jawatan Kuasa
  13. Mohd Nazri bin Omar -Pemeriksa Kira-kira
  14. Hj Husain bin Wahid -Pemeriksa Kira-kira

Sila rujuk di sini untuk link ke senarai AJK Qaryah dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang

Keputusan UPSR

Alhamdulillah, sebanyak 5 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa telah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan pada hari Khamis lalu. 5 orang juga telah mendapat keputusan 4A 1B. Menurut dari Guru Besar Sekolah Keb. Sg. Rusa, walaupun keputusan yang didapati tidak menepati 'target' yang disasarkan oleh sekolah, pada umumnya, peratus keputusan tersebut telah meningkat daripada tahun-tahun yang lepas. Pas Sungai Rusa mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar tersebut serta keluarga yang telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

TAHNIAH

11/9/09

Mesyuarat AJK PAS Sg. Rusa.


Mesyuarat Pas Cawangan Sungai Rusa sempena Ihtifal Pasti Darussalam Sungai Rusa akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12/11/2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : PASTI Sungai Rusa


Semua AJK dan ahli-ahli dijemput hadir