Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlalu lama tak update blog ini. Di sini saya sertakan pengumuman daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman semua, senarai calon untuk Ahli Jawatankuasa Kariah kampong kita telah dihantar kepada Pejabat Agama Islam Balik Pulau. Sama-samalah kita berkempen untuk memastikan semua penyokong Pakatan Rakyat yang layak mengundi hadir semasa pemilihan Jawatankuasa Kariah pada 19 Jun 2011 ini. HEBAHAN MENGENAI PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID-MASJID NEGERI PULAU PINANG 2012-2013
Adalah dengan ini Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mengarahkan kepada semua kariah di dalam Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Mesyuarat Agong Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah 2012-2013 seperti pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Proses pemilihan hendaklah diadakan seperti yang dijadualkan.
JADUAL PROSES PEMILIHAN
|
SYARAT KELAYAKAN MENJADI AHLI JAWATANKUASA KARIAH
A. SYARAT AM
- Warganegara sahaja.
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi daripada 65 tahun.
- MAINPP boleh melantik seseorang yang berumur lebih daripada 65 tahun untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kariah atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh MAINPP.
- Tinggal tetap dalam kariah masjid itu untuk tempoh tidak kurang daripada 3 bulan.
- Mempunyai pengetahuan agama Islam.
- Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah.
- Mempunyai daya kepimpinan.
- Berminat, bersedia untuk berkhidmat dan berjihad dalam meninggikan syiar Islam.
- Tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana jawatankuasa di kariah lain.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Selalu solat berjemaah di masjid atau surau di kariah itu.
B. SYARAT-SYARAT LAIN
- Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.
- Tidak diisytiharkan muflis / bankrap.
- Tidak berada dalam keberhutangan yang serius.
No comments:
Post a Comment