6/8/11



Beza tulisan jawi PAS dan tulisan jawi UMNO



Semenjak UMNO mengambil alih semula kerajaan di Terengganu, banyak usaha-usaha agama (Islam) telah dilakukan bagi menandingi hati rakyat.





Ini papan tanda zaman PAS




dan ini pula zaman UMNO (sekarang)


Perhati betul-betul perbezaannya, sudah pasti anda tahu bahawa terlalu jahil UMNO ini. Terlalu bodoh agamanya!! Inilah mungkin Islam Hadhari!

6/7/11

Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid-masjid Negeri Pulau Pinang 2012-2013







Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlalu lama tak update blog ini. Di sini saya sertakan pengumuman daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman semua, senarai calon untuk Ahli Jawatankuasa Kariah kampong kita telah dihantar kepada Pejabat Agama Islam Balik Pulau. Sama-samalah kita berkempen untuk memastikan semua penyokong Pakatan Rakyat yang layak mengundi hadir semasa pemilihan Jawatankuasa Kariah pada 19 Jun 2011 ini.


HEBAHAN MENGENAI PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH
MASJID-MASJID NEGERI PULAU PINANG 2012-2013

Adalah dengan ini Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mengarahkan kepada semua kariah di dalam Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Mesyuarat Agong Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah 2012-2013 seperti pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Proses pemilihan hendaklah diadakan seperti yang dijadualkan.

JADUAL PROSES PEMILIHAN

TARIKH PERKARA
1 JUN 2011

Hebahan notis Mesyuarat Agong Khas Pemilihan.

1 JUN - 7 JUN 2011

Edaran Borang Pencalonan. Borang Pencalonan boleh diperolehi dari Setiausaha Kariah dan Pejabat Agama Daerah dan diserah kembali kepada Pejabat Agama Daerah.

7 JUN 2011

Pencalonan ditutup. Setiap borang pencalonan hendaklah sampai di Pejabat Agama Daerah selewat-lewatnya jam 12 tengahari.

11 JUN 2011

Mula pamer senarai calon yang layak bertanding.

18 JUN - 24 JULAI 2011

Mesyuarat Agong Pemilihan mengikut jadual yang ditetapkan.


SYARAT KELAYAKAN MENJADI AHLI JAWATANKUASA KARIAH

A. SYARAT AM

  • Warganegara sahaja.
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi daripada 65 tahun.
  • MAINPP boleh melantik seseorang yang berumur lebih daripada 65 tahun untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kariah atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh MAINPP.
  • Tinggal tetap dalam kariah masjid itu untuk tempoh tidak kurang daripada 3 bulan.
  • Mempunyai pengetahuan agama Islam.
  • Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah.
  • Mempunyai daya kepimpinan.
  • Berminat, bersedia untuk berkhidmat dan berjihad dalam meninggikan syiar Islam.
  • Tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana jawatankuasa di kariah lain.
  • Sihat tubuh badan dan mental.
  • Selalu solat berjemaah di masjid atau surau di kariah itu.

B. SYARAT-SYARAT LAIN

  • Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.
  • Tidak diisytiharkan muflis / bankrap.
  • Tidak berada dalam keberhutangan yang serius.