8/15/10

Pidato 8 politik


Ceramah Pakatan Rakyat pada hari Ahad, 8hb. Ogos yang lalu telah diadakan di Komplek Sukan Balik Pulau. Ramai ahli-ahli politik kanan Pakatan Rakyat yang memberi ceramah antaranya YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YAB Lim Guan Eng, YB Mansor Othman, YB Datuk Halim Hussain, YB Yusmadi, Datuk Zaid Ibrahim. YDP PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff juga telah memberikan ceramah dalam majlis tersebut.

8/14/10

MAJLIS SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN SEMPENA RAMADHAN


Assamlamualaikum w.b.t.

PAS Cawangan Sungai Rusa akan mengadakan Majlis Sumbangan Untuk Fakir Miskin yang dijadualkan pada 29 Ogos 2010. Kami momohon sumbangan daripada pihak tuan/puan samada dari segi kewangan atau barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada fakir miskin di sekitar Kampong Sungai Rusa, Balik Pulau.

Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan kepada AJK Pas Cawangan seperti di bawah:

1. Saad bin Ahmad : 013-4852351
2. Idris bin Ali : 019-4808593
3. Ahmad bin Kasim : 016-4996030
4. Muhammad Radhi Shariff Hussain : 019-3883424

Sumbangan daripada tuan/puan amatlah diperlukan. Semuga Allah swt dapat membalas jasa baik tuan/puan.

3/15/10



Ceramah Perdana "Mengupas Isu-isu Semasa"


Tarikh : 20 Mac 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Komplek Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang
Masa : 9.30malam



Senarai Penceramah:


Tn. Guru Haji Hadi bin Awang
Ustaz Salleh bin Man
Ustaz Nasharuddin bin Mat Isa
YB Salehuddin Ayob
Tuan Ibrahim Tuan Man
Mahfuz bin Omar
YB Lim Guan Eng
Ustaz Idris in Ahmad
Mohamad bin Sabu
Ustaz Mujahid bin Yusoff Rawa
Ustaz Nasarudin Hassan Attantawi
Dato Mustafa Ali
Dato Abd Halim bin Abdul Rahman
Ustazah Nuridah bt Salleh

Semua lapisan masyarakat dijemut hadir.

1/1/10

Gambar

Gambar sekitar Dialog bersama Pas Kawasan Balik Pulau bersama dnegan Dewan Ulamak Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri yang diadakan pada 31/12/09 bertempat di Dewan JKKK Titi Teras, Balik Pulau





12/30/09

DAILOG PAS KAWASAN

Dailog bersama PAS kawasan dengan Dewan Ulamak Negeri iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 31/12/2009
Hari : Khamis
Masa: 9.00 malam
Tempat : Dewan JKKK Titi Teras, Balik Pulau



Semua ahli dijemput hadir.

12/28/09

PR perintah TOL lupus dalam 7 tahun


Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR 23 Dis: Rakyat negara ini akan menikmati pakej percuma ketika menggunakan seluruh lebuhraya selepas 7 tahun memerintah negara. Perkara ini seperti mana tercatat dalam persetujuan bersama Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 19 Disember lalu.

Sekretariat Kementerian Kewangan Pakatan Rakyat, Dr. Zulkifly Ahmad berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai kerana PR melaksanakan dasar kepimpinan yang berintegriti, pro rakyat dan urus tadbir yang baik bagi memastikan kesejahteraan rakyat negara ini terbela.

Menurutnya, jika PR diberi peluang untuk memerintah Malaysia pada PRU ke 13, pihaknya akan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS) dan semua konsesi tol seluruh negara.
“Dasar penswastaan oleh rejim BN terutamanya di era Mahathirisme telah menghasilkan kesan yang buruk kepada rakyat kerana segala projek dilaksanakan ada kaitan dengan kroni dan kepentingan politik BN semata-mata.

"Segala kos telah di ambil perkiraan untuk manfaat semua pihak dalam BN dan pemimpin-pemimpin mereka maka tidak ada jalan lain bagi pihak konsesi selain menaikkan tarif tol yang akhirnya amat membebankan rakyat.

Oleh itu, Insya’allah, sebaik sahaja kita menduduki Putrajaya, kita akan mengkaji keseluruhan projek penswastaan di negara ini termasuk penswastaan air bagi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen (MP) Kuala Selangor memberitahu, dasar menghapuskan tol itu munasabah untuk dicapai dan dilaksanakan kerana ia telah diperhalusi, diteliti dan dirunding secara kolektif oleh golongan yang arif mengenainya dalam PR.
Beliau memberi contoh kerajaan Selangor yang dipimpin oleh PR berupaya untuk mengurangkan cukai air tetapi dihalang oleh rejim BN yang masih memerintah kerajaan persekutuan.

Sehubungan itu, Zulkifly berharap rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada PR agar cita-cita bersama untuk melihat negara ini diurus tadbir dengan baik dapat direalisasikan dengan jayanya.

Terdahulu, dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu, PR antara lain menyatakan bahawa dengan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS), tol di Malaysia mampu dilupuskan dalam tempoh tujuh tahun melalui urus tadbir negara yang telus, berintegriti dan bebas dari ketirisan kebocoran.

Ketua Pengarah Audit Negara sebelum ini melaporkan negara kehilangan RM 28 Bilion setahun akibat pelbagai ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.